Tun
Sri Lanang atau lebih dikenali sebagai Tun Muhamamad iaitu anak Tuan Ahmad
Paduka Raja yang merupakan seorang Bendahara Kerajaan Johor pada kurun ke -17
Masihi. Tun Sri Lanang telah dilahirkan di Bukit Seluyut, Natu Sawar, Johor
pada tahun 1569.
Tun Sri Lanang dikenali ramai kerana
karya penulisannya iaitu Suallatus Salatin yang telah menerapkan beberapa aspek
kemasyarakatan seperti masyarakat Melayu, Jawa , Brunei, Patani dan Campa. Namun
begitu, Sulalatus Salatin tidak dapat dipastikan lagi dikarang oleh Tun Sri
Lanang tetapi menurut Syeikh Nuruddin Al-Raniri telag mengakui Tun Sri Lanang
merupakan penulis dan penyusun semula Sulalatus Salatin kerana berkawan rapat
dengan Tun Sri Lanang.
Penulisan dan penyuntingan ole Tun
sri Lanang mengambil masa selama 2 tahun iaitu pada tahun 1612 hingga 1614
Masihi. Karya-karya yang dimasukkan dalam teks ini termasuklah kisah yang
berunsurkan humor dan kisah cinta yang disertakan salasiah raja-raja melalui
pembacaan yang bertemakan imaginasi. Pengarang juga menonjolkan kehebatan dalam
pengunaan bahasa asing seperti bahasa Arab dan Jawa. Disebabakan itu, Tun sri
Lanang disifatkan sebagai seorang yang kreatif, berpengetahuan luas, dalam
aspek gaya bahasa dan penulisan , peraturan dan istiadat Melayu.
Karya sulalatus Salatin merupakan
sebuah karya yang indah dan begitu menarik disebabkan oleh gaya bahasa dan
persuratannya. Penulisan yang hebat ditonjolkan dengan penerapan unsur kelucuan,
sindiran, kebijaksanaan, perlambangan, peribahasa, bidalan, peraturan, seloka
dan gurindam dalam pelbagai bahasa seperti Bahasa Melayu, Arab, Jawa dan
lain-lain. Teks Sulalatus Salatin dikatogerikan sebagai teks sejarah kerana Tun
Sri Lanang didakwa bukan penulis asal teks Sulalatus Salatin tetapi kandungan
teks imi diperolehi daripada Tun Bambang Seri Narawangsa dan telah disusun
semula oleh Tun Seri Lanang sehingga lahirnya sebuah karya agung yang menjadi tatapan
dan panduan pendidikan hari ini iaitu Sulalatus Salatin.
Perkongsian yang berguna..Terima kasih
ReplyDeleteSaya dari masa depan ¤°(2030) ingin mengatakan ##:$ Tajuk Ini Amat Penting Untuk Dibaca..Skian *****;*
ReplyDeleteHaha betul
Delete