Thursday, 31 May 2018

ASPEK ESTETIKA

ASPEK ESTETIKA DALAM SULALATUS SALATIN

Estetika ialah satu cabang falsafah yang mengkaji konsep tentang keindahan. Estetika dalam karya sastera adalah satu cabang ilmu tentang keindahan dengan memberikan penekanan terhadap konsep-konsep yang dianggap yang dianggap indah dalam sesebuah karya.
            Nilai estetika dalam Sulalatus Salatin sememangnya kaya dengan pelbagai keindahan bahasa masyarakat terdahulu dan bahasa instanya. Sulalatus salatin yang diertikan sebagai asal usul raja-raja ini merupakan sebuah teksa sastera yang menganduni pelbagai nilai estetikanya. Nilai estetika ini dapat dilihat dengan pengunaan gaya bahasa yang terssuun dan begitu indah apabila diunkapkkan oleh pembaca. Oleh hal yang demikian, pengarang harus bijak menyusun kata-kata dalam penulisannya supaya kelihatan menarik dan membuatkan pembaca tertarik untuk membaca sesebuah karya apatah lagi karya klasik seperti Sulalatus Salatin.

1.      GAYA BAHASA.
Gaya bahasa menurut Nik Hassan Basri Ab. Kadir adalah cara atau ragam bahasa yang digunakan oleh seseorang. Cara penyampaiannya termasuklah pertuturan ataupu  penulisan. Kepelbagaian gaya bahasa ini dapat dilihat menerusi aspek ayat yang digunakan. Dalam Sulalatus Salatin, kebanyakan perkataan yang digunakan adalah ayat pasof. Ayat pasif ini pula dapat di bahagikan kepada dua jenis iaitu ayat pasif biasa dan ayat pasif khas. Dalam kupasan teks ini, ayat pasif biasa ang digunakan adalah seperti berikut,
            “Maka dikuncinya oleh baginda,
            Pintunya peti itu dari dalam. Maka
            Dihulurkan oranglah ke dalam laut”
Selain itu, dalam sulalatus salatin yang dikarang terdahulu terdapat juga pengunaan jenis-jenis ayat yang menggunakan kata pangkal ayat. Kata pangkal ayat merupakan perkataan yang digunakan dalam setiap ayat yang berada di hadapan ayat tersebut. Antara contoh bagi kata pangkal ayat adalah seperti “maka” “setelah” “sebermula” “hatta” “arakian” “kemudian” “syahdan” dan juga “alkisah”. Contohnya,

“ Sebermula akan puteri Onang Sari pun,
    Diperisteri oleh Sultan Mansur Syah,
     Beranak dua orang lelaki, seorang bernama
                        Raja Muhammad dan seorang bernama Raja Ahmad”

            Selain itu, kepelbagaian gaya bahasa ini dapat dilihat pada struktur penulisannya. Dalam Sulalatus Salatin, dapat dilihat bahawa struktur penulisannya yang terpengaruh dengan struktur penulisan Arab-Parsi, bahasa jawa,penggunaaan puisi Melayu Tradisional dan juga pengunaan bahasa kiasan. Dan kebanyakan Sulalatus Salatin menggunakan teks seperti ini,
“Bismillahirahman-nirhim”
            Dan pada setiap akhir cerita pengarang akan mengakhiri ceirta itu dengan mengngkapkan,
“wa’llahu a’lamu bi s-sawab’.walaaihi’l marjiu’u wa l’ ma’ab”
            Bagi menjelaskan sesuatu atau sebagai perbandingan , engarang telah memasukkan syair dan bidalan arab dengan disertakan terjemahannya sekali. Sesuai dengan apa yang diperkatakanoleh Muhammad Haji salleh (2000) dalamTeori Puitika Melayu.
           
PANTUN
Nilai estetika dari aspek Sejarah Melayu yang seterusnya dapat dilihat dari aspek puisi iaitu pantun. Menurut Arbaie Sujud dan Nik Rafidah mejelaskan bahawa puisi sebagai karya kreatif , imaginative yang tetrua. Antara genre puisi yang terdapat dalam Sejarah melayu adlah seperti pantun,peribahasa, perumpamaan , seloka, bidalan dan sebagainya. Kepelbagaian ini dicipta oleh pengarang dengan tujaun yang tertentu atau berkaitan dengan sesuatu peristiwa atau menggambarkan kegembiraan , meyanjung seseorang dan tidak kurang juga ianya digunakan untuk menyindir pihak-pihak tertentu.
            Berikut adalah satu contoh puisi yang digunakkan untu menggambarkan peristiwa dalam teks ini,
            Telur itik dari Singgora,
            Pandan tersandar di batang tui,
            Darahnya titik di Singapura,
            Badan terhantar di Lengkawi.

Pantun berkenaan dicipta bagi menerangkan peristiwa hukuman bunuh yang dikenakan ke atas Tun Jana Khatib kerana PAduka Seri Maharaja iri hati dengan beliau yang dikatakan cuba untuk menggoda permaisuri dengan memperlihatkan kemahrinya menilik sepohon pokok pinang sehingga pokok tu terbelah dua.

SYAIR
            Ma yarjiun al-tarfu ‘ainnuhu ‘inda ru’yatihi,
            Hatta yu’ ada i-laiya al-tarfa musytaqu
Penceritaan dalam sulalatus Salatin turut diseltikan dengan puisi Arab iait syair. Pengunaan puisi atau bidalan arab ini dalam menjelaskan sesuatu yang amat berkesan dan dalam masa yang sama memberi estetika kepada teks tersebut. Hal ini membuktikan keupayaan masyarakat Melaka menguasai seni sastera dalam penulisan karya agung itu.

BAHASA KIASAN
Bahasa kiasan banyak digunakan oleh Tun Sri Lanang sama ada untuk menerangkan dengan lebih jelas sifat-sifat watak atau lebih –lebih lagi sering digunakan dalam gambaran peristiwa. Bahasa kiasan dikatakan mempunyai dua bentuk iaitu bahasa kiasan yang mengandungi makna yang tersirat seperti “sehari selembar benang,lama-lama menjadi kain”.
            Penggunaan vahasa kiasan ini dikatakan memberikan kesan dan fungsi yang tertentu. Antara fungsi bahasa iasan adalah seperti untuk mengindakan gaya bahasa atau cara penyampaian sesebuah karya yang dihasilkan. Kedua, ianya berfungsi untuk estetik yang bersangkut dengan estetika isi, makna dan jua pada keseluruhannya. Ketiga, beruapaya menghidupkan suasana, mood dan situasi yang digambarkan atau diceritakan.

9 comments:

  1. Blog yang menarik dan sesuai dijadikan rujukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi menjenguk

      Delete
  2. Perkongsian yang sangat menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi menjenguk

      Delete

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Silakan..

      Delete
    2. Perkongsian yang menarik dan sangat membantu.

      Delete
  5. ringkasan yang baik dan mudah difahami. terima kasih

    ReplyDelete

TEMAN

Assalamualaikum, Kami daripada Kumpulan Warisan yang terdiri daripada 2 orang dan telah melengkapkan tugasan kumpulan ini.           ...