UNSUR KEMANUSIAAN DALAM
SULALATUSALATIN
Kemanusiaan bermaksud hal-hal mengenai manusia atau sifat-sifat manusia.
Sifat-sifat manusia itu meliputi hal-hal yang baik dan
murni iaitu sifat yang dituntut sebagai suatu yang seharusnya dimiliki oleh seorang
yang bernama manusia kerana kelebihan kejadian sifat manusia yang dianugerah
akal dan budi disamping nafsu. Kemanusiaan juga dilihat dari sudut sifat-sifat yang berlawanan atau bertentangan atau sesuatu yang jahat dan buruk. Dalam konteks perbincangan ini, unsur
kemanusiaan akan dilihat dari kedua-dua sudut di atas.
Meneliti unsur-unsur kemanusiaan dalam Sejarah
Melayu dapat dilihat
daripada sudut;
i. Perbuatan atau tingkah laku.
ii. Kata-kata atau dialog watak.
Kedua-dua sudut di atas biasanya akan melibatkan golongan raja dan
pembesar-pembesar kerana peristiwa atau kisah dalam Sejarah Melayu adalah
bersifat "istana-centrik". Jadi penglibatan golongan raja dan
pembesar jelas dalam urusan pentadbiran negeri serta yang melibatkan peranan
mereka dalam hubungan sesebuah kerajaan. Dengan lain perkataan, penelitian
unsur-unsur kemanusiaan dalam konteks perbincangan di sini akan berkait secara
langsung dengan penglibatan dan peranan
golongan istana (raja dan pembesar) dengan pemerintahnya.
KEMANUSIAAN YANG POSITIF (MENGUTAMAKAN NILAI KEMANUSIAAN)
1. Sejarah Melayu menyebut dengan jelas tentang beberapa orang
raja dan pembesar Melaka yang mentadbir Melaka dengan penuh sifat-sifat adil dan bijaksana. Mereka mengutamakan
tanggungjawab dan amanah sebagai ketua negara bagi menjamin kehidupan rakyat
dalam aman dan damai.
Antara Sultan Melaka yang memiliki sifat adil dan
saksama ialah;
i. Sultan Mansur Syah. Sejarah Melayu menyebut ten tang sifat baginda sebagai; "terlalu
baik parasnya, serta dengan adilnya lagi murah; seorang pun
raja-raja di dalam alam ini tiada sepertinya pads zaman itu."
ii. Sultan Alauddin Riayat Syah juga terkenal sebagai seorang Sultan
yang adil dan bertanggungjawab. Baginda sanggup menyamar sebagai rakyat biases
bagi mengetahui sendiri tentang kawalan keselamatan yang dilakukan oleh pembesar-pembesar
negeri dengan tujuan mengatasi masalah kecurian di Melaka.
iii. Raja Kecil Besar juga seorang pemerintah yang digambarkan
sebagai "Terlalu adil baginda pada memelihara segala rakyat lagi
dengan murahnya". (SM, hal. 83)
"Sultan Muhammad itu selama di atas kerajaan terlalu sekali adil
baginda memeliharakan segala manusia."
2. Sifat dan kelakuan Berbudi Bahasa juga merupakan
salah satu sifat yang amat mulia.
Bendahara Paduka Tun Perak terkenal sebagai seorang yang berbudi bahasa
tinggi. Walau pun ia mengetahui Hang Tuah memburuk-burukkan peribadinya kerana
enggan menolong Sultan Zainul Abidin di Pasai bagi kali keduanya (kerana Sultan
Pasai itu enggan mengirim "sembah" pada Raja Melaka) tetapi apabila
ditanya oleh Raja Melaka, Bendahara tetap memuji-muji kebaikan peribadi Hang
Tuah sewaktu berada di Pasai. Hang Tuah berasa amat malu dengan kemuliaan budi
Bendahara Paduka Raja. Selepas peristiwa itu Hang Tuah datang memohon maaf
dan sujud di kaki Bendahara. Sekali lagi Bendahara memaafkan Hang Tuah;
"Maka Laksamana pun datang, lalu meniarap pada kaki Bendahara.
Sembah Laksamana kepada Bendahara, "Sungguhlah Tuanku sedia asal orang
besar-besar penghulu kepada saya sekalian." .
3. Berjasa dan Berbakti : Dalam konteks pemerintahan
feudal raja memilik kuasa mutlak. Rakyat dan pembesar akan memberi tumpuan dan
menumpahkan sepenuh taat setia serta berbakti kepada raja. Sebagai pembalasan
dan rasa penghargaan di atas jasa bakti yang di curahkan, Sultan akan memberi
anugerah atau kurnia sama ada dalam bentuk persalinan, barang-barang berharga
seperti emas, permata atau kurniaan pangkat kebesaran dan gelaran-gelaran
tertentu.
3.1. Jasa bakti Tun Perak sewaktu angkatan Siam menyerang
Melaka. Tun Perak memegang jawatan sebagai penghulu orang-orang Kelang.
Kejayaan Tun Perak menyekat kemaraan Siam serta serangan Siam hingga menyelamatkan
Melaka tanpa pertumpahan darah telah mendapat pengiktirafan yang tinggi
daripada Sultan Muzaffir Syah. Tun Perak di lantik sebagai Perdana Menteri
dengan gelaran Paduka Raja. Jika mengikut adat dan peraturan Melaka, Tun
Peraklah yang sepatutnya menduduki jawatan sebagai Bendahara Melaka setelah
ayahandanya Bendahara Seri Wak Raja mati (minun racun) tetapi oleh kerana Seri
Nara Diraja sangat berpengaruh (jasanya menaikkan Sultan Muzaffir Syah di atas
takhta) maka jawatan Bendahara dipegang oleh Seri Nara Diraja Tun Ali.
Tun Perak seolah-olah membawa diri ke Kelang dan dilantik sebagai
Penghulu Kelang. Sebagai seorang anak pembesar, darah pembesar tetap mengalir
dalam diri Tun Perak. Kewibawaan beliau sebagai tokoh pemimpin yang berkelibar
tetap terserlah. Beliau tidak pernah "merajuk" dalam melaksanakan
tugas dan berbakti kepada Melaka walaupun ia tersingkir daripada jawatan yang
menjadi "haknya". Ini jelas apabila raja mengerahkan seluruh pahlawan
daripada segenap pelusuk negeri berkumpul di Melaka bagi menghadapi serangan
Siam.
3.2. Jasa bakti Hang Tuah setelah berjaya membunuh Hang
Jebat. Hang Tuah adalah seorang panglima yang sangat bedasa. Jasa bakti yang
pernah dicurahkan kepada rajanya tidak pernah mengenal erti keperitan. Sungguhpun
beliau telah diperlakukan secara tidak adil oleh Sultan Mansur, namun sebagai
hamba Melayu yang taat dan berpegang teguh pada konsep "pantang
Melayu menderhaka pads rajanya", Hang Tuah tetap berusaha dan
melaksanakan segala titah raja. Dia sanggup membunuh sahabat karib yang telah
dianggap sebagai saudara sendiri demi berbakti pads rajanya, sungguhpun Hang
Jebat menderhaka kerana membela kematiannya. Jasa bakti Hang Tuah mengembalikan
maruah Sultan Mansur Syah telah mendapat penghargaan daripada Sultan. Sejarah
Melayu mencatatkan;
"Maka terlalu sukacita baginda. Maka segala pakaian yang dipakai
baginda itu semuanya dianugerahkan kepada Hang Tuah .... telah itu Hang Tuah
dilekatkanlah gelar "Laksamana" itu diarak keliling negeri, seperti
adat anak raja-raja, didudukkan tara Seri Nara Diraja. (Penghulu Bendahari)
3.3. Jasa bakti Tun Telanai dan Menteri Jana Putra
serta utusan Melaka yang pergi ke Siam kerana berhasil menjalinkan hubungan
baik antara Melaka dan Siam mendapat penghargaan Sultan;
"Maka baginda pun terlalu sukacita, serta memberi persalinan Tun
Telanai dan Menteri Jana Putra, dan akan segala utusan Siam itu."
4. Sifat bertimbangrasa atau diplomasi
Sifat ini jugs sangat jelas dalam beberapa tindakan yang dibuat
terutamanya oleh pihak pemerintah yang menentukan sesuatu dasar atau tindakan.
Dengan wujudnya sifat kemanusiaan yang murnii ini, beberapa perkara buruk yang
melibatkan kemusnahan dapat dihindari.
4.1. Raja Iskandar Zulkamain sewaktu menyerang Neged Kida
Hindi telah bedaya menawan negeri tersebut. Raja Kida Hindi telah dilslamkan,
begitu juga dengan segala pembesar dan rakyatnya. Puteri Raja Kida Hindi telah
di Islamkan dan dijadikan isterinya. Tindakan Raja Iskandar jelas mengandungi
nilai-nilai kemanusiaan yang sangat mulia kerana pada kebiasaannya dalam
peperangan, negeri yang kalah bermakna rajanya terpaksa turun takhta. Tetapi
kerana kemanusiaan, Raja Iskandar terus "membenarkan" Raja Kida Hindi
memerintah dan membimbing baginda kepada agama yang diredhai.
4.2. Keputusan yang dibuat oleh Sultan Muzaffir Syah menceraikan isteri
kesayangannya Tun Kudu adalah suatu tindakan yang amat diplomasi bagi
menyelesaikan persengketaan dua orang pembesar yang berpengaruh di Melaka
waktu itu. Sifat timbangrasa Sultan yang sekaligus mengorbankan kepentingan
diri demi untuk keutuhan kerajaan dibawah pemerintahannya itu telah membawa
suatu kejayaan yang amat besar dalam survival politik Melaka
seterusnya. Kerana hasil daripada sifat bagindalah telah mententeramkan
pergolakan dalaman yang seterusnya memberi kekuatan dan kesatuan di kalangan
pembesar dan pengikut daripada kedua belah pihak (pihak Tun Perak dan pihak
Seri Nara Diraja). Malah dengan keputusan yang penuh diplomasi itu juga telah
memberi "laluan" kepada seorang tokoh pembesar yang sangat berkelibar
iaitu Tun Perak untuk menduduki tempat Bendahara. Dan ini jelas terbukti
daripada peranan yang disumbangkan oleh Bendahara Paduka Raja Tun Perak
sewaktu memegang jawatan tersebut.
4.3. Sultan Alauddin Riayat Syah adalah terkenal dengan sifat-sifat adil
dalam membuat keputusan yang wajar demi untuk menjaga keamanan Melaka. Dengan
tindakan baginda, telah memberi keselesaan kepada kehidupan rakyat.
Tindakannya telah memberi kesedaran kepada pembesar‑pembesar negeri yang
bertanggungjawab dalam soal-soal keselamatan untuk bekerja dengan lebih
bersungguhsungguh bagi mengembalikan keamanan dan menjamin keadaan aman
berpanjangan dengan menguatkuasakan undang-undang dan hukuman. Tindakan yang
tegas dan peraturan yang sistematik telah dilaksanakan pada masa pemerintahan
Sultan Alauddin Riayat Syah bagi menjamin raja-raja di negeri jajahan Melaka
tidak menggunakan kuasa secara berleluasa serta bagi memastikan raja-raja itu
melaksanakan pemerintahan dengan penuh keadilan dan saksama.
4.4. Sultan Mahmud Syah walaupun terkenal sebagai seorang raja yang
kejam dan tidak berperikemanusiaan, namun dalam usianya meningkat tua, dengan
pengalaman yang semakin bertambah luas, baginda boleh membuat pertimbangan
yang lebih wajar. Di waktu usianya semakin bertambah, baginda telah insaf dan
timbul kesedaran bahawa sesuatu tindakan atau keputusan yang akan dibuat
seharusnya mendapat persetujuan hasil daripada muafakat dan perbincangan
dengan pembesar-pembesar yang lebih tua, lebih berpengalaman. Sebab itulah
apabila mengetahui bahawa anakandanya Raja Ahmad mengenepikan menteri-menteri
yang tua, Sultan Mahmud bertindak membunuh anakandanya. Baginda juga amat
menyesal dengan keterlanjuran membunuh Bendahara Seri Maharaja dan keluarga
yang temyata tidak berdosa. Sebagai tanda penyesalannya, baginda turun dari
takhta clan menghabiskan sisa-sisa hidup dengan berkhalwat di Hulu Melaka.
5. Memberi Nasihat dan Pengajaran : Nasihat menasihati
antara satu dengan yang lain amatlah dituntut dalam mengatur kehidupan agar
tidak tergelincir daripada landasan kemanusiaan yang mumi dan abadi. Golongan tua
biasanya bertindak sebagai penunjuk ajar, memberi pengajaran kepada yang lebih
muda dengan harapan tindakan yang dilakukan tidak melampaui batas-batas
kemanusiaan serta dapat berlaku adil, tidak menimbulkan masalah atau beban
kepada golongan masyarakat di bawahnya. Unsur nasihat dan pengajaran ke arah
kebaikan demi kesejahteraan hidup amat jelas melalui wasiat-wasiat. Malah jenis
wasiat amat kaya dengan unsur nasihat dan pengajaran.
5.1. Wasiat Sultan Alauddin Riayat Syah
Wasiat padapembesarnegeri ; Jikalau suatu khilap bebalnya,
sangat-sangat maaf sekalian akan dia, dan tegur ajar, kerana ia lagi
budak."
Wasiat pada Raja Muhammad ; hendaklah banyak‑banyak ampun mu
akan segala hamba sahayamu, dan baik‑baik peliharamu akan dia,jikalau
datang kepadamu dua pekerjaan, yakni pekerjaan Allah dengan pekerjaan
dunia, maka dahulukan olehmu pekerjaan Allah, tinggalkan pekerjaan dunia,
hendaklah engkau sangat-sangat menyerahkan dirimu ke hadrat Allah Taala. Dan
segala anak Melayu, bagaimana besar dosanya, jangan kamu bunch, melainkan
dosanya derhaka; kerana segala Melayu itu tanahmu, Jikalau
kaubunuh ia dengan tiada dosanya,
bahawa kerajaanmu binasa."
bahawa kerajaanmu binasa."
6. Keimanan dan Ketakwaan : Sifat-sifat ini berkait
dengan amalan agama Islam. Dengan mengamalkan sifat ketakwaan manusia akan
hidup lebih sempuma. Dalam Sejarah Melayu, banyak peristiwa-peristiwa yang
berkaitan dengan soal-soal keimanan ini diceritakan terutama dalam episod-episod
seperti ;
6.1. Raja dan pembesar Melaka menuntut ilmu agama daripada guru-guru agama
yang datang dari Judah. Sultan Mahmud dan Bendahara Seri Maharaja pemah belajar
agama pada Makhdum Sadar Jehan.
6.2. Kerajaan Melaka semasa pemerintahan Sultan Muzaffir Syah telah,
melaksanakan hukuman mengikut Islam iaitu hukuman potong tangan kepada mereka
yang melakukan kesalahan mencuri.
6.3. Raja-raja Melaka memerintah dengan penuh adil dan saksama sebagai
suatu tuntutan sifat-sifat yang mulia, terpuji di sisi agama Islam.
Again...nice sharing dear
ReplyDeleteTerima kasih di atas perkongsian
ReplyDelete