Thursday, 31 May 2018

PERSOALAN

PERSOALAN 1) tentang ketinggian adat istiadat  upacara mengadap di balairung seri  acara menjunjung duli  adat menjunjung tamu  adat persalinan  acara bernobat 2) tentang keberanian raja dalam memenuhi keinginannya  Sultan Mahmud meminang Puteri Gunung Ledang  peminangan tersebut dikenakan syarat seperti satu jambatan emas dan satu jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang, tujuh dulang hati kuman, tujuh dulang hati nyamuk, air mata setempayan, air pinang muda setempayan dan darah anak Sultan Mahmud semangkuk 3) kemahiran dalam pelbagai ilmu  Tuan Jana Khatib yang mempunyai ilmu khayal lillah telah menilik sebatang pokok pinang sehingga pokok tersebut terbelah dua  seorang ulama yang sangat pandai dalam ilmu agama 4) kesetiaan pembesar terhadap raja  kesetiaan Hang Tuah tiada bandingannya  sanggup terjun ke dalam perigi yang penuh dengan najis hanya untuk menyelamatkan kuda milik raja  sanggup membunuh rakannya sendiri walaupun rakannya itu derhaka terhadap raja kerana ingin menuntut bela atas kematiannya 5) memegang amanah dalam menyampaikan wasiat  antara wasiat Sultan Mansur Syah kepada Raja Ahmad: i. hendaklah berlaku adil ii. jangan mengambil hak orang iii. menolong rakyat dari kesusahan iv. jangan menganiayai rakyat v. jaga hak rakyat dengan adil vi. memerintah dengan bijaksana 6) tentang keprihatinan raja terhadap masyarakat  Sultan Alau’d-Din Riayat Syah sangat risau dengan kes kecurian yang semakin menjadi-jadi di negerinya  baginda telah menyamar sebagai rakyat biasa untuk melihat sendiri apa yang berlaku di luar pengetahuan beliau  baginda telah membuaat beberapa langkah keselamatan i. bina balai di setiap simpang empat dan tengah negeri ii. lantik penghulu pada setiap balai iii. hukum curi dikudung tangan iv. hantar harta hilang ke balai v. harta hilang tergantung di balai 7) hasad dengki dalam bersaudara  Sultan Mahmud sangat dengki dengan kelebihan yang dimiliki oleh Sultan Zainal  Sultan Zainal menjadi kegilaan semua wanita yang melihat ketampanannya dan menyebabkan Sultan Mahmud tergugat  Sultan Zainal telah dijatuhkan hukum bunuh oleh Sultan Mahmud 8) kasih sayang pembesar terhadap raja  Bendahara Paduka Raja dan Hang Tuah dengan setianya telah menjaga Sultan Mahmud Syah ketika baginda jatuh gering sehingga sakit untuk membuang air  setelah beberapa bulan sakit, baginda pun sembuh daripada penyakit setelah dijaga dengan baik oleh dua pembesar tersebut 9) kewibawaan pembesar dalam menjalankan tugas  kebijaksanaan Bendahara Paduka Raja Tun Perak dalam mengatur strategi telah berjaya mematahkan serangan Siam  puntung api dinyalakan disetiap pokok yang berdekatan dengan pantai menyebabkan Siam gerun untuk menyerang Melaka kerana puntung api yang banyak dinyalakan itu menunjukkan rakyat Melaka yang ramai 10) pengorbanan dalam menyelesaikan masalah  setelah Sultan Muzaffar Syah melantik Tun Perak sebagai Paduka Raja, orang Melayu mula berpecah di mana ada yang berpihak dengan Tun Perak dan ada juga yang berpihak dengan Seri Nara Diraja  melihatkan perpecahan tersebut, Sultan Muzaffar Syah telah menceraikan isterinya Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja bagi menyatukan rakyatnya

9 comments:

  1. informasi yang berguna. terima kasih

    ReplyDelete
  2. informasi yang sangat berguna . inssayallah dapat membantu bagi mahasiswa/i universiti di malaysia .

    ReplyDelete
  3. Sangat membantu saya dalam membuat kajian.. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi mbaca

      Delete
  4. wow ..i like ur explaination

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana mbaca

      Delete
  5. Penerangan yang teliti dan baik. Tetapi jika boleh, ubah sedikit untuk pembahagian nombor untuk memperlihatkan susunan nombor persoalan agar dipersembahkan dengan lebih baik kepada audiens.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Eldrina atas komen yg baik..

      Delete
  6. Persoalan yang amat menarik untuk dijadikan panduan

    ReplyDelete

TEMAN

Assalamualaikum, Kami daripada Kumpulan Warisan yang terdiri daripada 2 orang dan telah melengkapkan tugasan kumpulan ini.           ...